Tujuan

Tujuan

1. Memperkenalkan pada pelajar - pelajar sekolah yang dalam
bidang kemahiran mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh
diceburi.

2. Memberi peluang pendidikan kemahiran kepada pelajar -
pelajar sekolah bagi membantu mereka memperolehi peluang
pekerjaan terutama dalam bidang kemahiran.

3. Membantu disiplinkan pelajar - pelajar melaui modul pengajaran yang akan disediakan secara terancang dengan menerapkan bersama nilai - nilai murni.

4. Membantu pelajar - pelajar sekolah membuka minda mereka untuk meningkat diri melalui pendidikan kemahiran yang bakal mereka perolehi semasa mengikuti pengajian di SCKL Training Center.


Tiada catatan.
Tiada catatan.

Tawaran Kursus Automotif Tahap 1,2 & 3

Kursus Automotif melibatkan pembelajaran secara teori dan praktikal melalui kaedah ketrampilan dimana para pelatih dibidang ini dilatih sehingga mahir dalam aspek Menyelenggara,Memberi Servis dan Membaik Pulih Kenderaan Bermotor. Lepasan pelatih berpeluang mendapat pekerjaan di industri permotoran seperti di pusat - pusat servis dan bengkel kenderaan, menjadi tenaga pengajar mahir di sektor kerajaan atau swasta dan seterusnya menjadi usahawan berjaya.

Modul Kursus :
1. Sistem Enjin Mekanikal
2. Sistem Pengurusan Enjin
3. Sistem Chasis
4. Sistem Transmisi
5. Sistem Pendawaian Kenderaan & Penyaman Udara
6. Sistem Pengurusan

Tawaran Kursus Elektrik Tahap 1 & 2

Kursus ini bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan kepada para pelatih secara teori dan praktikal mengenai kemahiran asas Pendawaian, Pemasangan dan Pengendalian Perkakasan Elektrik didalam bidang Domestik dan Insustri serta Kawalan Motor Elektrik Mengikut Piawaian. Lepasan pelatih berpeluang berkerja sebagai Juruteknik Elektrik sektor Pembinaan Perumahan dan Industri menjadi tenaga pengajar mahir disektor kerajaan dan swasta dan menjadi para usahawan berjaya

Modul Kursus :
1. Lukisan Elektrik
2. Pendawaian Elektrik Domestik
3. Pendawaian Elektrik Industri
4. Pengujian Elektrik
5. Mengesan & Merawat Kerosakan Peralatan dan Pendawaian
Elektrik
6. Penyelenggaraan Elektrik

Tawaran Kursus Jahitan Pakaian Wanita Tahap 1,2 & 3

Kursus ini memberi pendedahan kepada para pelatih secara teori dan praktikal mengenai kemahiran asas jahitan melibatkan Jahitan Tangan, Mesin, Sulaman Tangan, Membuat Pakaian Wanita Hingga Siap (melakar jenis pakaian, draf rekabentuk pakaian, pemotogan fabrik dan jahitan). Mengubahsuai Pakaian dan Melakar Fesyen. Pelatih berpeluang menceburi diri dalam bidang kerjaya industri tekstil, menjadi tenaga pengajar mahir dan seterusnya menjadi usahawan berjaya.

Modul Kursus :
1. Jahitan Tangan & Mesin
2. Sulaman Tangan & Mesin
3. Pakaian Formal & Kasual
4. Pakaian Kanak - Kanak
5. Pakaian Tradisional
6. Pakaian Kontemporari Melayu
7. Uniform dan Baju Koperat
8. Pakaian Pengantin dan Gaun Malam
9. Pakaian Untuk Wanita Mengandung
10. Pakaian Sukan & Pejabat
11. Mengubahsuai & Membaik Pulih Pakaian
12. Rekaan Fesyen